Pages

Sumbangan Sempena Awal Ramadhan al-Mubarak

1 Aug 2011
1 Ogos 2011

DUNGUN - Sempena menyambut kedatangan Bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan al-Mubarak, Ustaz Azman Syapawi bersama YB Ustaz Wan Hassan Bin Wan Ramli telah meluangkan masa mereka untuk memberi sumbangan kepada peniaga-perniaga di Pasar Kuala Dungun Semalam.

Majlis ini mendapat sambutan yang baik dikalanganpeniaga-peniaga di pasar tersebut. Sebanyak 600 kotak kurma dan 600 botol Air Zam-Zam diperuntukan oleh Ustaz Azman Shapawi dan YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli bagi menjayakan program ni.

Program yang bermula 9.30pagi sehingga 12:00 tengahhari ini telah dibantu oleh pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS DUN Sura, Muslimat dan Nisa. Menariknya, bukan sahaja peniaga Muslim diambil perhatian malah terdapat peniaga Cina serta terdapat warga yang kurang upaya juga mendapat sumbangan daripada Ustaz.

Tahniah kepada Ustaz Azman Shapawi serta Ustaz Wan Hassan kerana sanggup turun ke padang bagi menjayakan program ni.


























0 Ulasan:

Post a Comment

 
Teratak Pejuang © 2011 | Template Design By Chicablogger.com, Edited By Rebellion