Pages

Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Hari Raya

7 Aug 2011
Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Hari Raya

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Sumbangan Hari Raya berjaya diadakan di surau pok soh gong pasir. Ustaz Azman Shapawi datang bersama menjayakan program ini dan turut serta ialah Tuan Haji Alias Harun (pengarah tindakan dun rantau abang) dan Ketua Pemuda Dun Rantau Abang, Ustaz Nazri. Majlis disertai oleh anak2 yatim sekitar dun rantau abang seramai 123 orang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Pada kali ini, ibu atau penjaga kepada anak yatim turut dijemput hadir dalam program ini.

Program bermula dari pukul 5.30 petang dan berakhir selepas solat maghrib secara berjemaah yang diimankan oleh Ustaz Azman Shapawi. Program ini telah dibantu oleh pelbagai pihak ternasuk pemuda pas cawangan Gong Pasir, Ajk Pemuda Dun Rantau Abang, Nisa, Muslimat dan Unit Amal Dun Rantau Abang. Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan program program berbuka puasa bersama anak yatim dan sumbangan hari raya.

ucapan sebelum pemnyampain sumbangan
Ustaz Azman Menyampaikan Sumbangan Kepada Anak2 Yatim
Berbuka Puasa Bersama-sama
anak2 yatim ceria dan riang walaupun sehari suntuk berpuasa


0 Ulasan:

Post a Comment

 
Teratak Pejuang © 2011 | Template Design By Chicablogger.com, Edited By Rebellion