Pages

Yayasan Terengganu jangan jd alat UMNO

18 Jul 2011
KUALA TERENGGANU - Yayasan Terengganu (YT) khususnya Pengarah Yayasan milik kerajaan negeri Terengganu itu, diberi ingatan, jangan menjadi alat politik UMNO dengan bertindak ke atas pelajar Terengganu di Mesir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata menjadi hak para pelajar tersebut berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka secara aman.

"Yayasan Terengganu jangan jadi alat Umno, saya nak beritahu bahawa UMNO telah lama memperalatkan pelajar dengan memaksa mereka menjadi ahli kelab UMNO,"tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Pengarah YT yang dilaporkan memberi ugutan akan menamatkan kemudahan tajaan termasuk pinjaman kepada pelajar terbabit.

Menurut Ustaz Abu Bakar, yang juga bekas Exco kanan kerajaan negeri Terengganu, berpilihanraya adalah tanggungjawab setiap individu samada di dalam atau pun di luar negara.

"kalau pelajar di Mesir berdemontrasi menuntut pilihanraya bersih itu adalah hak mereka,"jelasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Abu Bakar juga meminta supaya Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Razali Idris tidak campur tangan dalam hal pentadbiran Yayasan dan kerajaan Terengganu.

Ia adalah kerana, menurutnya, Razali bukan wakil rakyat atau bekas wakil rakyat dan beliau tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam isu yang sama, sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut turut memberi amaran agar Yayasan tersebut jangan main politik kotor.

ADUN Wakaf Mempelam dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu itu menasihatkan supaya pihak Yayasan menyiasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Setelah siasatan dijalankan, Yayasan perlu memaklumkan kesalahan pelajar terbabit kepada orang ramai dan bentuk tindakan yang akan dikenakan kepadanya sebelum tindakan dikenakan,"kata Wahid.

Pada 9 Julai lalu, pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang berhimpun secara aman di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan Bersih 2.0.

Para pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan menandakan mereka bersetuju dengan tuntutan BERSIH, supaya diadakan pembaharuan bagi pilihanraya yang adil dan bersih

1 Ulasan:

  1. lalang said...:

    bila kuasa disalahgunakan...insaflah umno

Post a Comment

 
Teratak Pejuang © 2011 | Template Design By Chicablogger.com, Edited By Rebellion