Pages

Keputusan penuh pemilihan Dewan Muslimat PAS

5 Jun 2011
SHAH ALAM, 2 Jun - Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Norhashimah Deraman
Timbalan Pengerusi Tetap: Fatimah Ismail
Ketua:  YB Siti Zailah Mohd Yusof
Timbalan  Ketua: YB Siti Mariah Mahmud
Naib Ketua: YB Mumtaz Mohd Nawi
Ahli Jawatankuasa:
  •   Aiman Athirah Al-Jundi 
  •   YB Dr. Halimah Ali
  •   Dr. Asiah Ali
  •   Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
  •   YB Wan Ubaidah Wan Omar
  •   Kartini Ahmad
  •   Mastura Mohammad
  •   Normala Sudirman
  •   Azizah Khatib Mat, Ustazah
  •   Dr. Rosni Adam
  •   Dr. Najihatussolehan Ahmad
  •   YB  Siti Aisyah Ghazali


Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki
Timbalan Pengerusi Tetap:
Ustaz Kamal Ashaari
Ketua:
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua:
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Naib Ketua:
Raja Al-Hiss Raja Yaakob
Ahli Jawatankuasa:
  •   Ustaz Riduan Mohd Noor
  •   Khairul Faizi Ahmad Kamil
  •   Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
  •   Adram Musa
  •   Kamaruzzaman Mohamad
  •   Ustaz Ahmad Fadley Shaari
  •   Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
  •   Ustaz Nazri Chik
  •   Yusni Mat Piah
  •   Hamzan Sany
  •   Syed Qadir
  •   Ustaz Mohd Noor Hamzah


Mursyidul Am Restu Mat Sabu

GOMBAK, 5 Jun - Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Aziz menegaskan Mohamad Sabu sememangnya merupakan pemimpin PAS yang dibenci oleh Umno kerana memiliki kehebatan tersendiri dan memberikan keuntungan besar kepada PAS. Nik Aziz berkata demikian mengulas media UMNO, Utusan yang sibuk bercakap PAS mengetepikan kepimpinan Ulama dengan menaikkan Mohammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru dalam ceramah perdana di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam tadi.

"Mat Sabu sejak keluar dari ITM, terus menginfaqkan dirinya dengan jemaah, pernah beberapa kali ditahan bawah ISA. Kelebihan beliau yang bersifat bersahaja mampu meraih non muslim bermesra dengannya," ujarnya yakin mencadangkan Mohammad Sabu memegang portfolio berkait langusng dengan golongan non muslim. Nik Aziz dalam amanat akhirnya itu yakin UMNO tidak akan nyenyak tidur dengan naiknya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Beliau sebelum itu mengingatkan semua manusia di muka bumi ini adalah menumpang di bumi Allah.

"Kerana menumpanglah, manusia perlu patuh dan taat kepada suruhan tuan punya bumi ini." Beliau menegaskan tanpa apa yang diberi oleh pencipta, manusia  tidak boleh hidup kerana Allahlah yang memberikan segalanya. "Islam yang mengajar manusia mengenal diri dan segala yang berlaku, hidup dan mati adalah atas ketetapan Allah." Dewan dan dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad malam tadi penuh dibanjiri penyokong PAS dari seluruh negara.

Sumber: Muktamar Pas


"Kabinet Saya Kali Ini, Kabinet Pilihan Raya " Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013. "Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan. "Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini.
Beliau menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak. "Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua. "Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat," katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub. Sementara itu, Mohammad Sabu menyatakan komitmennya untuk membantu Ustaz Hadi melebarkan pengaruh PAS di kalangan NGO dan parti-parti lain. Tegasnya juga, beliau tetap mementingkan kepimpinan ulamak dalam PAS. "Saya akan cuba bantu Presiden untuk bidang melebar luaskan pengaruh PAS kepada bukan Melayu, bukan PAS dan NGO. "Kepimpinan ulamak tetap dipertegaskan, bukan macam Umno yang letak Ulamak dalam bentuk biro. Dalam PAS ulamak adalah satu majlis syura dan ada dewan yang akan mengawal dasar parti," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi turut menyifatkan kepimpinan yang baru ini sebagai kabinet pilihan raya. Mengulas lanjut, beliau yakin kepimpinan baru ini mampu membawa PAS lebih diterima masyarakat sekaligus relevan menggantikan Umno. "Ahli-ahli memilih saf hadapan untuk pilihan raya. Sebab itu kabinet saya kali ini kabinet pilihan raya," katanya.


 
Teratak Pejuang © 2011 | Template Design By Chicablogger.com, Edited By Rebellion