Pages

Lambaian Kasih: Meringankan Beban Pemuda Menjelang AidilFitri

23 Aug 2011
20 Ogos 2011


DUNGUN- Keperihatihan Ustaz Azman Shapawi kepada AJK pemuda PAS menjelang ketibaan Aidilfitri terbukti dengan terlaksanakan program "Lambaian Kasih". Program yang dijayakan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) serta Nisa' Kawasan Dungun ini bertujuan untuk meringankan beban AJK pemuda dengan menyumbang Baju Raya kepada anak-anak mereka.


Kegembiraan kanak-kanak seramai 40 orang tergambar yang terdiri daripada DUN paka, DUN Sura, DUN Bukit Besi dan DUN Rantau Abang ditambah pula Ustaz Azman turut membantu mereka ketika memilih baju raya yang mereka ingini.Progam yang dijayakan di Kedai Pakaian Famous yang terletak di Sura Gate, Dungun turut dimeriahkan dengan kehadiran Isteri beliau, Maizatul Asma binti Yusof.



Lebih gembira lagi, Ibu bapa yang turut hadir bagi mengiringi anak-anak mereka turut di beri cenderahati penghargaan kerana sudi memeriahkan program ini. Cenderahati ikhlas daripada Ustaz Azman dihulurkan kepada ibubapa di perkarangan Kedai Famous sebelum program ini bersurai.
































Maizatul Asma, Isteri kepada Ustaz Azman Shapawi turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi program Lambaian kasih





1 Ulasan:

  1. lalang said...:

    semoga mereka berbahagia di hari raya ini dan sedikit sebanyak meringankan beban mereka

Post a Comment

 
Teratak Pejuang © 2011 | Template Design By Chicablogger.com, Edited By Rebellion