Pages

Yayasan Terengganu jangan jd alat UMNO

18 Jul 2011
KUALA TERENGGANU - Yayasan Terengganu (YT) khususnya Pengarah Yayasan milik kerajaan negeri Terengganu itu, diberi ingatan, jangan menjadi alat politik UMNO dengan bertindak ke atas pelajar Terengganu di Mesir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata menjadi hak para pelajar tersebut berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka secara aman.

"Yayasan Terengganu jangan jadi alat Umno, saya nak beritahu bahawa UMNO telah lama memperalatkan pelajar dengan memaksa mereka menjadi ahli kelab UMNO,"tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Pengarah YT yang dilaporkan memberi ugutan akan menamatkan kemudahan tajaan termasuk pinjaman kepada pelajar terbabit.

Menurut Ustaz Abu Bakar, yang juga bekas Exco kanan kerajaan negeri Terengganu, berpilihanraya adalah tanggungjawab setiap individu samada di dalam atau pun di luar negara.

"kalau pelajar di Mesir berdemontrasi menuntut pilihanraya bersih itu adalah hak mereka,"jelasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Abu Bakar juga meminta supaya Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Razali Idris tidak campur tangan dalam hal pentadbiran Yayasan dan kerajaan Terengganu.

Ia adalah kerana, menurutnya, Razali bukan wakil rakyat atau bekas wakil rakyat dan beliau tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam isu yang sama, sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut turut memberi amaran agar Yayasan tersebut jangan main politik kotor.

ADUN Wakaf Mempelam dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu itu menasihatkan supaya pihak Yayasan menyiasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Setelah siasatan dijalankan, Yayasan perlu memaklumkan kesalahan pelajar terbabit kepada orang ramai dan bentuk tindakan yang akan dikenakan kepadanya sebelum tindakan dikenakan,"kata Wahid.

Pada 9 Julai lalu, pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang berhimpun secara aman di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan Bersih 2.0.

Para pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan menandakan mereka bersetuju dengan tuntutan BERSIH, supaya diadakan pembaharuan bagi pilihanraya yang adil dan bersih

Melawat Mangsa Kebakaran

11 Jul 2011
Dungun – 1 Julai 2011, Kesempitan seorang yang diuji dengan kebakaran kediamannya pada rabu lalu mendapat perhatian oleh Ustaz Azman Shapawi. Setelah selesai mejayakan Pra Bersih di Masjid Pulau Serai semalam, Ustaz Azman sempat meluangkan masa untuk menziarahi mangsa kebakaran, Omran Zakaria, 48 yang lebih dikenali sebagai “mie singa”. Ahli jawatankuasa PAS Rantau Abang turut hadir bersama Ustaz semalam.


Kejadian malang yang berlaku pada 29 Julai 2011 di Kampung Pak Sabah dipercayai berpunca dengan lintas pintas yang berlaku di sebuah cyber café pada pukul 4.45 petang ketika jemaah masih menunaikan solat Asar. Difahamkan pihak bomba yang bertugas mengambil masa sehingga 30 minit untuk sampai ke tempat kejadian.


Lebih malang belum sempat pihak bomba sampai, api yang marak tersebut terus menjilat rumah kediaman Omran Zakaria yang terletak bersebelahan dengan cyber café tersebut. Keadaan yang cemas tersebut menyebabkan Omran tidak mampu menyelamatkan assetnya kecuali hanya sebuah kereta.



Setelah melihat asset cyber café tersebut yang mempunyai 2 biji Air cond, 2 biji mesin fotostat, dan computer, Polis mengangarkan kerugian kasar yang ditanggung mangsa lingkungan RM 200,000 manakala kerugian yang ditanggung Omran dalam lingkungan RM 50,000.



Dikesempatan itu, Ustaz Azman yang bersimpati dengan kejadian malang itu telah memberi sedikit sumbangan kepada Omran bagi meringankan beban yang ditanggungnya. Namun Ustaz Azman tidak mempunyai kesempatan untuk menyumbang kepada pemilik cyber café tersebut kerana beliau telah menumpang berteduh di rumah saudaranya di Pulau Serai semalam.Malah PAS Rantau Abang turut menyediakan tabung di masjid dan surau-surau bagi membantu mereka.


Menziarahi Pemuda Rantau Abang

DUNGUN - 5 Julai 2011, Kegigihan seorang pemuda yang ditimpa musibah apabila tidak dapat menggerakkan kedua kakinya akibat kemalangan mendapat perhatian Ustaz Azman Shapawi. Pemuda yang bernama Syafiq, 20 tahun yang tinggal di Balai Besar tidak dapat melupai detik yang mencemaskan apabila motosikalnya terbabas pada Oktober 2010 yang lalu.


Syafiq yang juga pelajar Pondok Pasir Tumbuh terpaksa menjalani hidup yang getir apabila beliau tidak mampu lagi menggerakkan kedua kakinya yang dipercayai kesan kecederaan pada tulang belakang. Beliau terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk melakukan kerja harian.

Dalam tempoh ziarah yang memakan masa 45 minit itu, Ustaz Azman sedaya upaya memberi galakan serta motivasi kepada Syafiq. Ustaz Azman turut memberi sumbangan kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggungnya.





 
Teratak Pejuang © 2011 | Template Design By Chicablogger.com, Edited By Rebellion