Pages

Pelacur pun tertunggu-tunggu PRU13 untuk buat perubahan

27 Jan 2012
KUALA TERENGGANU– Perubahan pemikiran politik yang sedang melanda pelbagai golongan di negara ini sejak tahun 2008 turut sama dirasai oleh golongan pelacur. Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, perkara tersebut diakui oleh Pengerusi Persatuan Pelacur ketika ditemui tidak lama dulu.





Beliau berkata, selepas mengadakan dailog selama dua jam, mereka telah bertanya, bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13.

“Persatuan pelacur selepas (ber)dialog (men)ceritakan masalah masing-masing, lalu bertanya, bilakah pilihanraya (ke-13 akan diadakan).

“saya jawab tak tahu (bila tarikh pilihanraya) saya kata (tanya) adakah awak sokong PAS, dia kata kemungkinan besar pada kali ini mereka beramai-ramai akan menyokong PAS,”jelasnya.

Ustaz Azman yang juga Naib Yang DiPertua PAS Dungun berkata demikian dalam Majlis Penerangan yang dianjurkan Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah dekat sini pada 24 Januari.

Sehubungan itu, beliau bertanya kembali kepada Pengerusi Persatuan pelacur itu, mengapa mereka golongan yang dianggap ‘telah rosak akhlak’ mahu menyokong PAS.

Lalu, Pengerusi mereka berkata, menurut Ustaz Azman, mereka menjadi rosak dan menjadi ‘punah’ kerana kerajaan yang memerintah sekarang tidak bertanggungjawab.

Justeru, katanya lagi, mereka mahu masa depan yang baik dan perlu kepada sebuah kerajaan yang baik, yang boleh memberi bimbingan ke arah kebaikan.


Sumber : Buletinonline


Kemenangan Pasti Milik Islam

15 Jan 2012
DUNGUN, 13 Januari – Khutbah Jumaat penuh bersemangat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Al- Fadhil Ustaz Azman Shapawi Abd Rani telah membangkitkan semangat seluruh ahli jemaah yang hadir untuk terus berjuang menegakkan agama Allah Taala di atas muka bumiNya.

Beliau memulakan khutbah di Masjid Pulau Serai dekat sini dengan penegasan bahawa Islam pasti diberi kemenangan oleh Allah Taala pada satu hari yang telah ditetapkan dalam susunanNya.

“ Wahai sidang Jumaat sekalian, kemenangan itu pasti akan berpihak kepada Islam walaupun perjalanan menuju kemenangan tersebut jauh”, tegas beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

Beliau selanjutnya membaca sepotong ayat al-Quran daripada surah at-Taubah:

“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh dan penuh kesukaran bagi mereka” [at-Taubah: 42]

Selain itu, para pendokong perjuangan yang dibawa oleh PAS di bawah kepimpinan ulama’ diseur untuk lebih bersungguh-sungguh berjuang untuk memastikan kemenangan milik Islam. Perjuangan Islam tidak boleh dilakukan sambil lewa. Hasrat dan cita-cita untuk melihat kebangkitan Islam memerlukan pengorbanan serta penat lelah seluruh ahli yang cintakan Allah dan RasulNya Sollallahu’alaihiwasallam.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menceritakan kisah sahabat Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam, Suhaib ar-Rumi yang mengorbankan seluruh hartanya semata-mata memastikan hasratnya untuk berhijrah ke Madinah bersama Rasul tercapai. Sikap yang ditunjukkan oleh Suhaib ini dipuji oleh Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam.

“ Beruntung Suhaib…beruntung Suhaib”, jelas Al-Fadhil Ustaz Azman menukilkan pujian Rasul terhadap sahabatnya itu.

Beliau juga membangkitkan rasa cinta dan ghairah seluruh ahli Jemaah untuk infaq pada jalan Allah. Pelbagai janji ganjaran oleh Allah kepada hambaNya yang sudi meminfaqkan harta dan jiwa pada jalan Allah.

“ Setiap daripada kita mempunyai kepakaran tersendiri. Ada yang diberi kekuatan fizikal, ada yang diberi kekuatan harta, ada yang diberi kekuatan kepimpinan, ada yang diberi kekuatan ilmu, Kita semua perlu bekerjasama untuk memastikan Islam berdaulat di atas muka bumiNya: tegas beliau.


CERAMAH UMUM

8 Jan 2012


PAS Akan Umum Lima Lagi Tawaran Untuk Rakyat Terengganu

2 Jan 2012
DUNGUN – PAS negeri Terengganu akan mengemukakan lima lagi janji yang terkandung dalam manifestonya bagi menghadapi Pilhanraya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurut Pesuruhjayanya Haji Mohd Abdul Wahid Endut, lima perkara tersebut akan diumumkan kepada rakyat negeri Terengganu sempena ulang tahun ke 100 Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk yang akan disambut besar-besaran pada 6 dan 7 Januari ini.

“Pada 7 haribulan ni, kita akan buka 5 (lagi) manifesto kita, tak boleh buka banyak-banyak sebab Umno ni tiru dan dia tipu, jadi kita buat sikit-sikit,

“kalau PRU(13) bulan 2, 3 (Februari atau Mac) ini, dang lagi (sempatlah kita kemukakan semuanya), benda-benda (perkara-perkara) yang kita tawarkan kepada rakyat Terengganu ini,”ujarnya.

[Gambar - Haji Wahid menyampaikan 350 kilo beras kepada Ustaz Azman Shapawi mewakili  pihak Pemuda PAS Dungun yang di sumbangkan oleh WARIS, untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Turut kelihatan dalam gambar adalah Ustaz Roslan Ismail, Pengerusi WARIS]


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu Majlis Taklimat yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia  (WARIS), di bandar Paka dekat sini, pada Isnin 2 Januari.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu yakin PAS mempunyai peluang untuk menang dalam pilihanraya akan datang dengan syarat ahli dan penyokong bekerja dengan gigih.

Katanya, PAS Terengganu telah berjaya menampilkan imej bar dan menggerakkan masyarakat dengan penganjuran Himpunan PAS Ganti Umno yang telah diadakan di Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu.

“kita buat tinjauan, peluang (menang) tu memang ada di Terengganu, Nampak (jelas) Tapi kita nak kena gigih sikit, kita kemukakan imej baru, yang lebih mesra dan kita juga menggerakkan masyarakat,

“kita dah berjaya (menajurkan) PGU di kemaman, PGU di besut, PGU di Kuala Terengganu dan (pada) 6 dan 7 haribulan ni kita nak buat (himpunan) sempena dengan 100 tahun Undang-undang Islam yang bertulis yang pertama di Terengganu,”jelasnya.



Mengulas suasana politik negara, menurut Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, kemungkinan besar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan disabitkan kesalahan pada 9 Januari.

Katanya, para mahasiswa universiti yang menganjurkan himpunan secara aman pada malam 1 Januari telah dikasari, dipukul dan ditangkap oleh pihak polis.

“saya nak tekankan sebab 6 dan 7 haribulan (Januari) ini program kita, pada 9 (januari) mungkin Anwar masuk jail (penjara), tapi walaupun begitu, kita yakin orang akan simpati pada dia Insyaalah! apa nak jadi pun, jadilah, tapi kita akan teruskan perjalanan kita,

“sebab budak-budak pelajar universiti pun kena tendang, kena katok (pukul), masuk hospital, masuk lokap,”katanya.

Turut hadir dalam Majlis Taklimat berhubung dengan Kegagalan Lembaga Kemanjuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu ialah ADUN Sura, Ustaz wan Hassan Mohd Ramly, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu dan Pengerusi WARIS, Ustaz Roslan Ismail.

Haji Wahid berkata, saranan WARIS akan dimasukkan dalam manifesto PAS dan akan dilaksanakan sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat dapat memerintah negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat.


 
Teratak Pejuang © 2011 | Template Design By Chicablogger.com, Edited By Rebellion