Pages

MAJLIS SAMBUTAN IHTIFAL PASTI QARYAH GONG PASIR 1432H

20 Nov 2011

Program Majlis Sambutan Ihtifal Pasti Qaryah Gong Pasir Kali ke 22 pada 11 November 2011 / 15 Zulhijjah 1432H, Jumaat 8.00 pagi bertempat di Dewan Pasti Qaryah Gong Pasir. Perasmian oleh Ustaz Azman Shafawi dan ucapan aluan oleh Pengurus Pasti G.Pasir Tuan Haji Alias Harun. Bacaan ayat suci Al - Quran oleh adik Fatmi Bt Rosli, selepas itu persembahan oleh anak - anak Pasti dan penyampaian sijil serta hadiah kecemerlangan antaranya cemerlang akademik, pelajar terbaik dan lain - lain. Antara yang disebut oleh Ustaz Azman di dalam ucapan beliau ialah kebimbangan dengan masalah sosial yang ada pada zaman sekarang, beliau mengatakan salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan kewujudan sistem pendidikan islam seperti yang diterapkan dari peringkat Pasti lagi.

0 Ulasan:

Post a Comment

 
Teratak Pejuang © 2011 | Template Design By Chicablogger.com, Edited By Rebellion