Pages

Pelacur pun tertunggu-tunggu PRU13 untuk buat perubahan

27 Jan 2012
KUALA TERENGGANU– Perubahan pemikiran politik yang sedang melanda pelbagai golongan di negara ini sejak tahun 2008 turut sama dirasai oleh golongan pelacur. Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, perkara tersebut diakui oleh Pengerusi Persatuan Pelacur ketika ditemui tidak lama dulu.





Beliau berkata, selepas mengadakan dailog selama dua jam, mereka telah bertanya, bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13.

“Persatuan pelacur selepas (ber)dialog (men)ceritakan masalah masing-masing, lalu bertanya, bilakah pilihanraya (ke-13 akan diadakan).

“saya jawab tak tahu (bila tarikh pilihanraya) saya kata (tanya) adakah awak sokong PAS, dia kata kemungkinan besar pada kali ini mereka beramai-ramai akan menyokong PAS,”jelasnya.

Ustaz Azman yang juga Naib Yang DiPertua PAS Dungun berkata demikian dalam Majlis Penerangan yang dianjurkan Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah dekat sini pada 24 Januari.

Sehubungan itu, beliau bertanya kembali kepada Pengerusi Persatuan pelacur itu, mengapa mereka golongan yang dianggap ‘telah rosak akhlak’ mahu menyokong PAS.

Lalu, Pengerusi mereka berkata, menurut Ustaz Azman, mereka menjadi rosak dan menjadi ‘punah’ kerana kerajaan yang memerintah sekarang tidak bertanggungjawab.

Justeru, katanya lagi, mereka mahu masa depan yang baik dan perlu kepada sebuah kerajaan yang baik, yang boleh memberi bimbingan ke arah kebaikan.


Sumber : Buletinonline


0 Ulasan:

Post a Comment

 
Teratak Pejuang © 2011 | Template Design By Chicablogger.com, Edited By Rebellion